(SHOHIBUL RAATIB ALHADAD)
Raatib Alhahad itulah salah satu Kitab Raatib yang disusun oleh Habib
Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad . Beliau
dilahirkan di Subir kota Tarim Hadhramaut, yaman selatan tanggal 5 Safar
tahun 1044 H bersamaan 30 JULI tahun 1634 Masehi.
Sejak Kecil
Beliau terserang penyakit yang mengakibatkan kehilangan penglihatannya
(buta) Namun Alloh SWT telah memberi Nur pengetahuan dalam hatinya
karena itu beliau belajar dengan menggunakan mata batinnya dengan para
Ulama-ulama di Yaman, Rasa Ta’zhim beliu terhadap gurunya sangat luar
biasa hingga beliau mendapat karunia keberkahan yang luar biasa.Beliau
pernah berkata “ketika aku masih kecil, aku telah berusaha
bersungguh-sung
Beliau lebih senang menyendiri disuatu tempat karena baginya buta mata yang diberikan Alloh kepada dirinya hanya untuk mengabdi kepadanya.Belia
Habib Abdulloh Bin Alwi Al Haddad membuka majlis ta'lim dan selalu ramai dikunjungi oleh orang-orang yang ingin belajar darinya mereka yang lapar jadi hilang laparnya, mereka yang sakit kepala bisa hilang sakit kepalanya ini karena kedalam ilmu yang dimilki oleh Beliau dan pancaran ruhul ilahiyyah yang keluar dari ucapan-ucapan beliau hingga tak ada satu orangpun yang beranjak pergi untuk meninggalkan majlis beliau.
Al-Imam sentiasa berbicara dengan orang lain menurut kadar akal mereka dan sentiasa memberi hak yang sesuai dengan taraf kedudukan masing-masing. Sehinggakan apabila dikunjungi pejabat beliau memberi haknya sebagai pejabat kiranya didatangi orang lemah, dilayani dengan penuh mulia dan dijaga hatinya apalagi dengan orang miskin.
Beliau amat mencintai para penuntut ilmu dan mereka yang gemar kepada alam akhirat. Al-Habib tidak pernah jemu terhadap untuk mengajar di majlisnya bahkan sentiasa diutamakan mereka dengan kasih sayang tanpa melalaikan beliau dari mengingati Allah walau sedetik. Beliau pernah menegaskan “Tiada seorang pun yang berada dimajlisku mengganguku dari mengingati Allah”.
Majlis Al-Imam sentiasa dipenuhi dengan pembacaan kitab-kitab yang bermanfaat, pembahasan dalam soal keagamaan sehingga para hadhirin sama saja baik itu yang alim ataupun jahil tidak akan berbicara dengan perkataan yang keji yang mengakibatkan dosa seperti mengumpat ataupun mencaci. Bahkan tidak terdapat juga perbicaraan kosong yang tidak menghasilkan faedah. Apa yang diucapkan hanyalah zikir, diskusi keagamaan, nasihat -nasihat, serta ajakan kepada mereka supaya beramal soleh. Inilah yang ditegaskan oleh beliau “Tiada seorang pun yang patut pempersoalkan hal keduniaan atau menyebut tentangnya kerena yang demikian adalah tidak pantas ,seharusnya waktu diperuntuk sepenuhnya untuk akhirat saja. Silahkan berbicaratentan
Al-Habib rahimahullah adalah contoh bagi insan dalam hal bicara maupun amal perbuatan mencerminkan akhlak junjungan mulia dan tabiat Rosulullh SAW yang mengalir dalam hidup beliau. Beliau memiliki semangat yang tinggi dan azam yang kuat dalam hal keagamaan. Al-Imam juga sentiasa menangani berbagai urusan dengan penuh keadilan dan ihklas karena Alloh SWT, bahkan beliau sentiasa mempercepatkan segala tugasnya tanpa membuang waktu. Beliau bersifat mulia dan pemurah lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Ciri inilah menyebabkan ramai orang dari pelosok negeri sering berbuka puasa bersama beliau di rumahnya dengan hidangan yang tidak pernah putus semata mata mencari barakah beliau.
Al-Imam menyatakan “Sesuap makanan yang dihadiahkan atau disedekahkan mampu menolak kesengsaraan”. Katanya lagi “Kiranya ditangan kita ada kemampuan, niscaya segala keperluan fakir miskin dipenuhi”.
Beliau memiliki hati yang amat suci, sentiasa sabar terhadap sikap buruk dari orang yang lain yang tidak suka dengannya dan sedikitpun beliau tidak marah. Kalaupun beliau marah, bukan kerena pribadi seseorang tetapi karena perbuatan mungkarnya yang telah membuat Al-Imam benar-benar marah. Inilah yang ditegaskan oleh Al-Habib “Adapun segala kesalahan berkait dengan hak aku, aku telah maafkan; tetapi hak Allah sesungguhnya tidak akan dimaafkan”.
Al-Imam juga sedikit tidur, Kebiasaan Al-Imam melambatkan solat witir sehingga hampir fajar ini dikarenakan Al-Imam tidur sedikit (qailulah) selepas sholat qiamullail. Kemudian barulah berwudu’ untuk solat witir sebelum subuh. Beliau sentiasa berzikir ‘La ila ha illallah’ tidak pernah berhenti dari mulutnya.
Al-Imam juga memperbanyakkan
walaubagaiman Al-Imam tidak pernah menunjuk-nunjuk
Al-Imam juga telah menegaskan: “sesungguhnya aku telah melaksanakan kesemua sunnah Nabi dan tidak ada sunnah yang ditinggalkan, kecuali rambut”. Akhirnya Al-Imam mengekalkan rambut hingga ke telinganya sebagai yang dilaksanakan oleh Rasul S.A.W.
Selain beliau menyusun Rattib yang kita kenal dengan Raatib Al Hadad beliu juga mengarang beberapa kitab-kitab yang termashur diantarannya :
- An-Nashôihud Dîniyyah
- Ad-Da’watut Tâmmah
- Risâlatul Mu’âwanah
- Al-Fushûlul ‘Ilmiyyah
- Sabîlul Iddikâr
- Risâlatul Mudzâkara
- Risâlatul Murîd-. Kitâbul Hikam-. An-Nafâisul Uluwiyyah- Ithâfus Sâil
Beliau menghembuskan napas terakhirnya pada Selasa sore, 7 Dzulqaidah 1132 H di kota Tarim ini juga, beliau ra kembali menghadap Yang Kuasa, meninggalkan banyak murid, karya dan nama harum di dunia. Di kota itu pula, di pemakaman Zanbal, beliau ra dimakamkan. Semoga Allah memberinya kedudukan yang mulia di sisi-Nya dan memberi kita manfaat yang banyak dari ilmu-ilmunya.
Ya Allah, curahkan dan limpahkanlah keridhoan atasnya dan anugerahilah kami dengan rahasia-rahasia
0 comments:
Post a Comment